This is an old revision of the document!
Jadual Kandungan
Kampung Masjid Bangi (1913)
1913: Catatan Kampung Masjid Bangi
“Sebuah rumah tua di Kg.Masjid Bangi sekitar tahun 1986, wajah 40 tahun nan lalu.”
“Catatan tentang Kampung Masjid Bangi yang awalnya merupakan sebahagian Kampung Bangi juga seperti mana dicatat pada tahun 1913, sebelum penempatan ini kemudiannya di gazetkan sebagai tanah Sanitary Board dan Bangi Railway Reserve pada tahun 1906. Dicatatkan pada file 'Bangi Village” tahun 1913 itu terdapat lebih daripada 30 rumah terdapat di kawasan ini. Jadi munasabahlah kenapa Masjid Kariah Bangi dibangunkan di kawasan ramai penduduknya selain lokasinya yang strategik dekat dengan jalan utama, sumber air dari Sungai Bangi dan juga Pekan Bangi.“
(Sumber: Facebook Pekan Bangi, 26 Januari 2026: "Nostalgia Bangi").
1980-an: Suasana Kampung Masjid

Kiri: “Lokasi Foto - 130 meter nak ke Pekan Bangi…7 langkah ke Masjid Bangi. Kalau nak beli minyak api sambil berlari ke kedai Kohoi 3 minit dah sampai! Dalam rekod lama British sebahagian kawasan Kampung Masjid Bangi ini merupakan kawasan tanah paya yang sememangnya terletak berdekatan dengan aliran Sungai Bangi. Rekod surat permohonan tanah Masjid pada tahun 1919 mahupun rekod berita akhbar mengenai bajet untuk menimbun tanah paya bagi pembinaan Balai Polis Bangi pada tahun 1913 telah mencatatkan keadaan tanah di kawasan ini lebih 100 tahun yang lalu. Foto 1987” (Faizal Zainal @ Facebook Pekan Bangi, 9 Mei 2026: "Jejak Sejarah Bangi ").
Kanan: “Panorama Bangi - Pandangan dari tebing rumah Udin Ami (Cik Wahab & Cik Midut) ke bawah Kg. Masjid nampak kubah dan menara Masjid Bangi di hujungnya. Selepas selekoh kona baring nampak rumah nenek Jinan (Pak Kutak), Simai - Rasid, Angah Jenal, Mansor, Hajah Rahmah, Esah Bedek, Sidai Muis, Kak Maimon, Cik Iti. Foto tahun 1987 dah hampir 40 tahun yang lalu.” (Faizal Zainal @ Facebook Pekan Bangi, 14 Ogos 2026: "Panorama Bangi").

Kiri: “Suasana Kg. Masjid Bangi sekitar tahun 1986 - 87 di zaman lagu 'Rozana' Search, ''Sinaran' Sheila Majid dan 'Menaruh Harapan' Zaiton Sameon tengah meletup waktu itu. Sekarang tempat ini telah berubah menjadi kawasan parking Masjid Kariah Bangi. Dulu - dulu ada sekitar 10 rumah di kawasan ini. Terbayang sebatang pohon durian tua dan pokok daun - daun keladi tumbuh melata di paya di pinggir jalannya. Di kawasan ini sesekali akan banjir juga pada musim hujan apabila air Sungai Bangi melimpah dari tebingnya…bau lumpur, bau kek nenas rumah tepi sungai, bau harum kaya dan roti rumah tinggi berbaur pada waktu itu.” (Faizal Zainal @ Facebook Pekan Bangi, 17 Februari 2025: "Nostalgia Bangi").
Kanan: “Sebuah rumah di Kampung Masjid Bangi sekitar akhir tahun 80an. Sekarang tempat ini telah menjadi kawasan parking Masjid Kariah Bangi.” (Faizal Zainal @ Facebook Pekan Bangi, 6 Oktober 2025: "Nostalgia Bangi").

Kiri: Gambar tahun 2003: “Kelihatan dalam foto ini 3 rumah lama yang terletak bertentangan dengan Masjid Bangi masih ada lagi. Pada waktu ini kebanyakan penduduk asal kampung telah berpindah ke kampung dan taman perumahan berdekatan. Teringatkan Nazar selalu berdiri dipinggir jalan rumahnya untuk melambai dan menyapa orang yang lalu lalang ke Pekan Bangi. Foto diambil dari Jambatan Sungai Bangi 23 tahun yang lalu.” (Faizal Zainal @ Facebook Pekan Bangi, 13 Mei 2026: "Nostalgia Bangi ").
Kanan: “Rumah Kampung Masjid Bangi Lama. … ..mohon bantuan kut ada yang kenal Roslan Amri Ham (Lan) usia sekarang lingkungan 60an asal Tanjung keling Melaka.. Aruwah mak saya minta untuk carikan dia,..masa ni dia praktikal di bangi..alumi USM penang.. terima kasih” (Abu Fudhail @ Facebook Jejak Kenalan LAMA (JKL) OFFICIAL®️, 20 November 2025: "Rumah Kampung Masjid Bangi Lama").
