bbb_seksyen3
This is an old revision of the document!
Jadual Kandungan
Bandar Baru Bangi: Seksyen 3 (1983)
1983-1986
(Gambar: Sazli Shaharir, sekitar 1983-1985)
- Gambar: di tanah kosong (kini rumah-rumah banglo) bersebelahan Jalan 3/3, menghadap perumahan di Jalan 3/4.
Rukun Tetangga
(Gambar: Sazli Shaharir, sekitar 1983-1985)
- Gambar diambil di Jalan 3/2,mungkin selepas bergotong-royong.
- Jadual kawalan kejiranan (beberapa orang bergilir meronda setiap malam).
Pekarangan Rumah (1985)
(Gambar: Faisal Zulhumadi @ Facebook, 2014)
- Pemandangan dari pekarangan rumah, menghadap Bukit Bangi (Seksyen 2) di sebelah barat, sekitar 1985-1986.
Jalan 3/4, Menghadap Rumah Teres dan Pangsa (1985)
(Gambar: Faisal Zulhumadi @ Facebook, 2014)
- Pemandangan dari pekarangan rumah, menghadap perumahan teres dan rumah pangsa baru di sebelah utara, sekitar 1985-1986.
Jalan 3/4, Kini
(Gambar: Sazli Shaharir, 2023).
- Dahulu berbaringan pada waktu malam, boleh dengar kereta api lalu di landasan Kg Sg Tangkas.
- Kini, persimpangan Persiaran Pekeliling di hujung jalan ini adalah antara yang paling berbahaya di BBB.
Tanah Lapang (Timur) (sekitar 1985-1986)
(Gambar: Faisal Zulhumadi @ Facebook, 2014)
- Blok rumah Jalan 3/4 dan 3/2x sahaja yang ada di Seksyen 3 selama beberapa tahun, diikuti rumah teres dan pangsa berdekatan.
- Mungkin bahagian tenggara ladang West Country Estate ini ditebang dengan meluasnya sekitar 1983-1984 untuk dibangunkan, namun terhenti akibat kemelesetan ekonomi 1985-1986.
- Tanah lapang ini meluas sehingga ke bekas lombong di pinggir Sungai Langat (kini Taman Bangi 3, Seksyen 3 Tambahan – mungkin gambar ini menghadap ke situ), dan kawasan yang belum ditebang di sebelah utara (Seksyen 4 kini).
Parit Besar (sekitar 1985-1986)
(Gambar: Faisal Zulhumadi @ Facebook, 2014)
- Mungkin sekitar parit besar Seksyen 3 kini, terdapat alur parit yang belum sempurna, mengalir hingga ke bekas lombong di sebelah tenggara (mungkin sekitar Pangsapuri Damai Residensi, Seksyen 3 Tambahan kini).
- Di sekitarnya ada “gua-gua” kecil, dan di hujungnya ada seakan “air terjun”. Mungkin gambar “perkelahan” ini diambil di sekitar kawasan tersebut.
bbb_seksyen3.1788860354.txt.gz · Last modified: by sazli
