User Tools

Site Tools


bbb_seksyen3

This is an old revision of the document!


Bandar Baru Bangi: Seksyen 3 (1983)

Jalan 3/4

Gambar: Sazli Shaharir, sekitar 1983-1985
(Gambar: Sazli Shaharir, sekitar 1983-1985)

  • Gambar: di tanah kosong (kini rumah-rumah banglo) bersebelahan Jalan 3/3, menghadap perumahan di Jalan 3/4.

Rukun tetangga Seksyen 3 (sekitar 1983-1985):

Rukun Tetangga Seksyen 3 di Jalan 3/2, BBB, 1985
(Gambar: Sazli Shaharir, sekitar 1983-1985)

  • Gambar diambil di Jalan 3/2,mungkin selepas bergotong-royong.
  • Jadual kawalan kejiranan (beberapa orang bergilir meronda setiap malam).

Jalan 3/4 (sekitar 1985-1986):


(Gambar: Faisal Zulhumadi @ Facebook, 2014)

  • Pemandangan dari pekarangan rumah, menghadap Bukit Bangi (Seksyen 2) di sebelah barat, sekitar 1985-1986.

Jalan 3/4, Menghadap Rumah Teres dan Pangsa (1985)


(Gambar: Faisal Zulhumadi @ Facebook, 2014)

  • Pemandangan dari pekarangan rumah, menghadap perumahan teres dan rumah pangsa baru di sebelah utara, sekitar 1985-1986.

Jalan 3/4, kini


(Gambar: Sazli Shaharir, 2023).

  • Dahulu berbaringan pada waktu malam, boleh dengar kereta api lalu di landasan Kg Sg Tangkas.
  • Kini, persimpangan Persiaran Pekeliling di hujung jalan ini adalah antara yang paling berbahaya di BBB.

Tanah Lapang (Timur) (sekitar 1985-1986)


(Gambar: Faisal Zulhumadi @ Facebook, 2014)

  • Blok rumah Jalan 3/4 dan 3/2x sahaja yang ada di Seksyen 3 selama beberapa tahun, diikuti rumah teres dan pangsa berdekatan.
  • Mungkin bahagian tenggara ladang West Country Estate ini ditebang dengan meluasnya sekitar 1983-1984 untuk dibangunkan, namun terhenti akibat kemelesetan ekonomi 1985-1986.
  • Tanah lapang ini meluas sehingga ke bekas lombong di pinggir Sungai Langat (kini Taman Bangi 3, Seksyen 3 Tambahan – mungkin gambar ini menghadap ke situ), dan kawasan yang belum ditebang di sebelah utara (Seksyen 4 kini).

Parit Besar (sekitar 1985-1986)


(Gambar: Faisal Zulhumadi @ Facebook, 2014)

  • Mungkin sekitar parit besar Seksyen 3 kini, terdapat alur parit yang belum sempurna, mengalir hingga ke bekas lombong di sebelah tenggara (mungkin sekitar Pangsapuri Damai Residensi, Seksyen 3 Tambahan kini).
  • Di sekitarnya ada “gua-gua” kecil, dan di hujungnya ada seakan “air terjun”. Mungkin gambar “perkelahan” ini diambil di sekitar kawasan tersebut.
bbb_seksyen3.1788860227.txt.gz · Last modified: by sazli