Zain Mahmud / Mahmood ialah seorang tokoh penyiaran dan drama Radio dan Televisyen Singapura (RTS) dan Malaysia (RTM). Walaupun beliau lebih terkenal di dalam bidang penyiaran TV di Singapura dan Malaysia (serta pengkarya beberapa filem selepasnya), beliau pernah menyatakan kecenderungan beliau terhadap bidang siaran radio:-
“Radio … allows one to think, to hone one’s mind so as to sharpen and develop one’s intellect. It is true that the eye leaves nothing to the imagination—but the ear does. When we listen to a radio play, we create our own conceptions. If a thousand people tune in, you will have a thousand different conceptions because our imagination takes flight on a journey of exploration that creates our own unique fantasy… So, when we listen to radio, our mind and thoughts are always throbbing, and we sit on the throne as an individual and not as a digit in a madding crowd. But when we watch TV… others do the thinking for you––others create the conception because it is true that the eye spoon-feeds the mind. Even though millions of viewers watch “Dallas”, what is produced is a single conception, since “Dallas” has been described as a mass hysteria based on a single madness.” - Zain Mahmood, “Life begins at forty,” in Penyiaran - 4 dekad bersama anda [Broadcasting - 4 decades with you], ed. Abdul Aziz Abas, et al. (Kuala Lumpur: Ministry of Information and Broadcasting, 1987). 12-13. The words in italics were the English phrases Zain used in his original Malay text.“ (Cheong Soon Gan, 2012: |"Contested Nationalisms and Propaganda: Birth Pangs of a Malaysian Nation, 1957-1969", m.s.38). Menariknya, drama “PJ” di atas diolah berdasarkan siri ”Dallas“ yang disebutkan beliau itu.
Ringkasan penglibatan beliau di dalam TV Singapura sejak awal siarannya:-
“Ketika siaran TV awam dilancarkan di Singapura pada 15 Februari 1963, terdapat dua saluran iaitu 5 (Inggeris dan Melayu) dan 8 (Mandarin). Antara rancangan Melayu di Saluran 5 ialah drama yang lebih dikenali sebagai Sandiwara (dari dua kekata Jawa/Sanskerta: sandi yang bermakna rahsia dan wara bererti cerita). Antara penerbitnya ialah Zain Mahmood (1933-1994), Baseron Jumat (1930-1989), Yusof Ahmad dan Rahim Jailani. Pada tahap awal perkembangan sandiwara, para penerbit berdepan dengan pelbagai hambatan, terutama kekurangan skrip. Memang sudah terdapat penulis drama radio dan penulis drama pentas ketika itu. Namun karya mereka perlu diolah untuk disesuaikan dengan penerbitan TV.
Untuk melancarkan proses penerbitan, Baseron Jumat telah mengundang Bani Buang (1929-1996), seorang pengarah drama
pentas yang terkenal dan bekerja di Panggung Victoria, untuk membantu dari segi arahan dan lakonan di studio. Pada 1973, barulah Bani Buang ditawarkan bekerja sebagai penerbit drama sepenuh masa.”
(Sumber: Hamed Ismail @ Majlis Bahasa Melayu Singapura, 2015: |"Yang Terukir, Bahasa dan Persuratan Melayu", m.s.109-111).
“Antara 1966-1968, lahir siri popular yang terpanjang berjudul Pak Awang Temberang yang mengisahkan permasalahan keluarga Melayu yang berpindah dari kampung ke rumah pangsa. Lakonan Salim Bachik selaku Pak Awang, Zainon Ismail (Mak Oteh), S. M. Alkaff (jiran), pelakon kanak-kanak adik-beradik Rahimah Rahim dan Rahman (selaku anak-anak Pak Wang) ternyata mengesankan walaupun drama ini tertumpu di studio belaka dengan set yang ringkas.
Pencetus idea dan juga penerbit siri ini ialah Zain Mahmood. Beliau dibantu penulis-pengarah drama pentas terkenal, Kalam Hamidy, untuk menjayakan siri Pak Awang Awang. Drama ini cukup popular sehinggakan set sofa dalam drama itu mendapat julukan ‘kerusi Pak Awang’. Kemudian lahir pula siri drama seperti Mama Sayang Papa, Pahit-Pahit Manis dan Masa. Permintaan bagi sandiwara meningkat apabila Saluran 5 menyediakan dua masa siaran untuk drama dalam seminggu. Setiap petang Ahad, penonton disajikan dengan drama bercorak domestik sepanjang 30 minit dan drama sejam disiarkan pada setiap Selasa atau Rabu.”
(Sumber: Hamed Ismail @ Majlis Bahasa Melayu Singapura, 2015: |"Yang Terukir, Bahasa dan Persuratan Melayu", m.s.109-111).
//“𝗣𝗔𝗞 𝗔𝗪𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚: 𝗦𝗜𝗧𝗞𝗢𝗠 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗬𝗨 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗧𝗥𝗘𝗡𝗗 (𝟭𝟵𝟲𝟲–𝟭𝟵𝟲𝟴) Dalam lipatan sejarah televisyen awal Singapura, muncul sebuah rancangan yang bukan sekadar hiburan, tetapi mencerminkan denyut nadi kehidupan masyarakat Melayu ketika itu. 𝗣𝗮𝗸 𝗔𝘄𝗮𝗻𝗴 𝗧𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴, yang disiarkan sekitar tahun 1966 hingga 1968 melalui 𝗧𝗲𝗹𝗲𝘃𝗶𝘀𝗶𝗼𝗻 𝗦𝗶𝗻𝗴𝗮𝗽𝘂𝗿𝗮, berdiri sebagai antara sitkom keluarga Melayu terawal yang benar-benar meninggalkan kesan mendalam kepada penontonnya.
Diterbitkan dan ditulis oleh 𝗭𝗮𝗶𝗻 𝗠𝗮𝗵𝗺𝗼𝗼𝗱 serta diarahkan oleh 𝗕𝗮𝗻𝗶 𝗕𝘂𝗮𝗻𝗴, siri ini membawa pendekatan yang dekat dengan realiti kehidupan harian. Ia bukan sekadar kisah jenaka atau drama ringan, tetapi gambaran sosial tentang keluarga Melayu bandar yang sedang melalui perubahan zaman pada era 1960-an.
Watak utama, Pak Awang, yang dilakonkan oleh 𝗦𝗮𝗹𝗶𝗺 𝗕𝗮𝗰𝗵𝗶𝗸, menjadi tunjang kepada keseluruhan cerita. Dengan gaya lakonan yang bersahaja tetapi penuh karisma, beliau membawakan karakter seorang ketua keluarga dan di sampingnya, watak Mak Otek lakonan 𝗭𝗮𝗶𝗻𝗼𝗻 𝗜𝘀𝗺𝗮𝗶𝗹 turut menjadi pelengkap penting, mencipta keseimbangan antara emosi, humor dan dinamika rumah tangga.
Turut memeriahkan siri ini ialah pelakon seperti 𝗠𝘂𝘀𝘁𝗮𝗳𝗮 𝗠𝗮𝗮𝗿𝗼𝗳 dan 𝗛𝗮𝗺𝗶𝗱𝗮𝗵 𝗭𝗮𝗶𝗻𝗮𝗹, yang membawa warna tersendiri dalam setiap episod. Menariknya, kehadiran pelakon kanak-kanak seperti 𝗥𝗮𝗵𝗶𝗺𝗮𝗵 𝗛𝗮𝗺𝗶𝗻 dan 𝗥𝗮𝗵𝗺𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗵𝗶𝗺 menambahkan elemen kekeluargaan yang lebih hidup dan natural.
Namun, kekuatan Pak Awang Temberang tidak terhenti pada jalan cerita dan lakonan semata-mata. Ia juga meninggalkan kesan budaya yang unik. Salah satu fenomena paling menarik ialah bagaimana set rumah dalam siri ini, khususnya kerusi dan susun atur ruang tamu, menjadi ikutan masyarakat Melayu ketika itu. “𝗞𝗲𝗿𝘂𝘀𝗶 𝗣𝗮𝗸 𝗔𝘄𝗮𝗻𝗴” bukan sekadar prop di televisyen, tetapi berubah menjadi simbol gaya hidup moden yang diidamkan. Ramai keluarga mula membeli perabot dengan rekaan yang hampir serupa, seolah-olah membawa sedikit aura rancangan tersebut ke dalam rumah mereka sendiri.
Dari sudut penerimaan, siri ini mendapat sambutan yang luar biasa. Ia bukan sahaja popular dalam kalangan penonton dewasa, malah turut menarik perhatian generasi muda.
Hari ini, walaupun hanya tinggal sebagai kenangan dan bahan arkib, 𝗣𝗮𝗸 𝗔𝘄𝗮𝗻𝗴 𝗧𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴, tetap dikenang sebagai sebuah rancangan yang bukan sahaja menghibur, tetapi turut membentuk citarasa, gaya hidup dan identiti penonton pada zamannya. Sebuah sitkom yang sederhana pada zahirnya, tetapi besar pengaruhnya dalam sejarah televisyen Melayu.
Sumber: Berita Harian Singapura Photo kredit: dari buku Yang Terukir https://www.languagecouncils.sg/mbms/en/-/media/mlc/yt/yang-terukir-e-book-master---english-version.pdf”//
(Sumber: Facebook: Musika - Malaya's Early Music Scene from 1900s to 1965, 4 April 2026: "𝗣𝗔𝗞 𝗔𝗪𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚: 𝗦𝗜𝗧𝗞𝗢𝗠 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗬𝗨 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗧𝗥𝗘𝗡𝗗 (𝟭𝟵𝟲𝟲–𝟭𝟵𝟲𝟴)").
Riwayat hidup dan urutan peristiwa secara ringkas, termasuk terbitan dan karya beliau:-
Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.