====== Bandar Baru Bangi: Seksyen 3 (1983) ====== ===== 1983-1986 ===== {{:gambar:seksyen3-1985-01.png?600|Gambar: Sazli Shaharir, sekitar 1983-1985}} \\ (Gambar: Sazli Shaharir, sekitar 1983-1985) * Gambar: di tanah kosong (kini rumah-rumah banglo) bersebelahan Jalan 3/3, menghadap perumahan di Jalan 3/4. ==== Rukun Tetangga ==== {{:gambar:1985-kejiranan-seksyen3-color-restored.jpg?600|Rukun Tetangga Seksyen 3 di Jalan 3/2, BBB, 1985}} \\ (Gambar: Sazli Shaharir, sekitar 1983-1985) * Gambar diambil di Jalan 3/2,mungkin selepas bergotong-royong. * Jadual kawalan kejiranan (beberapa orang bergilir meronda setiap malam). ==== Pekarangan Rumah (1985) ==== {{:gambar:rumah-1985-01.png?600|}} \\ (Gambar: [[https://www.facebook.com/faisal.zulhumadi/posts/pfbid02rdFcpC9X4uW8xB83zftywBcPfLv5dKjg1h6vowkTVrwp4xSFDas22PzdKyozPUWJl|Faisal Zulhumadi @ Facebook, 2014]]) * Pemandangan dari pekarangan rumah, menghadap Bukit Bangi (Seksyen 2) di sebelah barat, sekitar 1985-1986. ==== Jalan 3/4, Menghadap Rumah Teres dan Pangsa (1985) ==== {{:gambar:rumah-1985-02.png?600|}} \\ (Gambar: [[https://www.facebook.com/faisal.zulhumadi/posts/pfbid02rdFcpC9X4uW8xB83zftywBcPfLv5dKjg1h6vowkTVrwp4xSFDas22PzdKyozPUWJl|Faisal Zulhumadi @ Facebook, 2014]]) * Pemandangan dari pekarangan rumah, menghadap perumahan teres dan rumah pangsa baru di sebelah utara, sekitar 1985-1986. ==== Jalan 3/4, Kini ==== {{:gambar:20230630_084345.jpg?600|}} \\ (Gambar: Sazli Shaharir, 2023). * Dahulu berbaringan pada waktu malam, boleh dengar kereta api lalu di landasan Kg Sg Tangkas. * Kini, persimpangan Persiaran Pekeliling di hujung jalan ini adalah antara yang paling berbahaya di BBB. ==== Tanah Lapang (Timur) (sekitar 1985-1986) ==== {{:gambar:bekaslombong-1985-03.png?600|}} \\ (Gambar: [[https://www.facebook.com/faisal.zulhumadi/posts/pfbid02rdFcpC9X4uW8xB83zftywBcPfLv5dKjg1h6vowkTVrwp4xSFDas22PzdKyozPUWJl|Faisal Zulhumadi @ Facebook, 2014]]) * Blok rumah Jalan 3/4 dan 3/2x sahaja yang ada di Seksyen 3 selama beberapa tahun, diikuti rumah teres dan pangsa berdekatan. * Mungkin bahagian tenggara ladang West Country Estate ini ditebang dengan meluasnya sekitar 1983-1984 untuk dibangunkan, namun terhenti akibat kemelesetan ekonomi 1985-1986. * Tanah lapang ini meluas sehingga ke bekas lombong di pinggir Sungai Langat (kini Taman Bangi 3, Seksyen 3 Tambahan – mungkin gambar ini menghadap ke situ), dan kawasan yang belum ditebang di sebelah utara (Seksyen 4 kini). ==== Parit Besar (sekitar 1985-1986) ==== {{:gambar:bekaslombong-1985-02.png?600|}} \\ (Gambar: [[https://www.facebook.com/faisal.zulhumadi/posts/pfbid02rdFcpC9X4uW8xB83zftywBcPfLv5dKjg1h6vowkTVrwp4xSFDas22PzdKyozPUWJl|Faisal Zulhumadi @ Facebook, 2014]]) * Mungkin sekitar parit besar Seksyen 3 kini, terdapat alur parit yang belum sempurna, mengalir hingga ke bekas lombong di sebelah tenggara (mungkin sekitar Pangsapuri Damai Residensi, Seksyen 3 Tambahan kini). * Di sekitarnya ada “gua-gua” kecil, dan di hujungnya ada seakan “air terjun”. Mungkin gambar “perkelahan” ini diambil di sekitar kawasan tersebut. ===== 2000-an =====